Sunday, October 16, 2011

tips pedih ulu hati ketika hamil....

salam...baru2 ni aku rs sakit pedih ulu hati (aku pn x tau camana rs nyer) mybe salah aku sbb x pandai jg kesihatan diri...sbb baru2 ni aku selsema...then aku jalan kaki ke site visit (blok sblh jerk)...konun2 nyer nak exercise tp skali aku gak yg tercungap2 bile smpai opis...wakaka...mybe aku suka mnm air berunsur kaffein (nescafe or teh)...tp lps nie aku akan alert laaa....so berikut adalah tips2 utk ibu2 mengandung yg mengalami pedih ulu hati...selamat beramal


  1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  2. Makan secara perlahan-lahan.
  3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
rujukan :
  • babycentre.com
  • medicine.com
  • webmd.com

No comments:

Post a Comment