http://www.drumah.com
artikel pertama:
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yakin pembeli rumah pertama Skim Rumah Pertamaku boleh membayar pinjaman perumahan mereka walaupun jika mereka tidak membayar bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Beliau berkata golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman mereka ke tempoh maksimum.
“Saya yakin jika pendapatan sesuatu isi rumah selepas ditolak bayaran KWSP dan sebagainya, masih dalam lingkungan RM3,000, saya yakin pasangan suami isteri tersebut masih boleh memperolehi rumah,” katanya kepada pemberita di sini.
Skim perumahan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu.
Chor berkata pinjaman di bawah skim tersebut akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
artikel kedua:
Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.
Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.
“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.
“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib
Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.
Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).
Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.
“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.
– BERNAMA
artikel ketiga:
ciri-ciri dan faedah utama:
1. pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
a) pembiayaan sehingga 100%
b) harta kediaman sahaja
kriteria kelayakan
2. peminjam/ pelanggan yg layak
a) warganegara Malaysia
b) pembeli rumah pertama
c) individu berumur sehingga 35 tahun
d) pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih drp RM3,000 sebulan
e) sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yg sama tidak kurang drp 6 bulan
f) secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 drp pendapatan bulanan. jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yg dibenarkan di bawah polisi penajajaminan bank-bank yg terlibat.
harta yg layak
a) harta kediaman yg terletak dlm Malaysia
b) nilai minimum hartanah RM100,000
c) nilai maksimum hartanah RM220,000
d) dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
keperluan pembiayaan
a) tempoh pembiayaan tidak lebih drp 30 thn
b) kemudahan utk melunaskan shj (tiada ciri yg memberi kemudahan utk pengeluaran)
c) bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
d) rekod simpanan (rizab kecairan utk 3 bulan ansuran)
e) insurans/takafil kebakaran diwajibkan
permohonan
a) permohonan utk pembiayaan di bawah Skim ini blh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yg terlibat
borang:
http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=152&lang=ms

p/s: selamat mencuba kawan2...sblm kite berumur 35thn dan sblm pendapatan melebihi rm3,000 sebulan...tak sabar...yeayyy~
No comments:
Post a Comment