Tuesday, January 24, 2012

tambah ilmu pengetahuan mengenai jaundis (penyakit kuning)

Jaundis atau kekuningan biasa didapati dikalangan bayi-bayi yang berumur beberapa hari selepas dilahirkan. Adalah dianggapkan enam puluh peratus bayi-bayi yang dilahirkan akan mengalami keadaan ini dinegara ini.
Kekuningan berlaku disebabkan sel-sel darah merah yang menimbulkan bahan kimia 'bilirubin'. Bilirubin ini biasanya dibuang oleh hati atau sistem hepatobiliori.  Jika kadar perpecahan sel-sel darah merah ini terlalu tinggi atau fungsi sistem hepatobiliari tidak memuaskan, tahap bilirubin ini akan menjadi tinggi didalam saluran darah. Inilah yang menyebabkan kulit dan bahagian putih mata kelihatan kuning.



Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat. Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.
Jaundis yang biasa ditemui dikalangan bayi lazimnya mula menjelma selepas 48 jam bayi itu dilahirkan. Tahap kekuningan ini sampai ke kemuncaknya apabila bayi berusia lima hari.  Selepas itu ia mula reda sehingga tidak lagi dikesan, biasanya selepas sepuluh hari. Jaundis mula didapati dibahagian muka dan merebak kepada bahagian badan, perut serta kakinya jika tahap kekuningan terus meningkat.  Bahagian putih matanya dan kencingnya juga kelihatan lebih kuning.  Keadaan bayi selain daripada ini adalah memuaskan. Dia boleh menyusu dan kelihatan aktif seperti biasa. Jaundis biasanya bukanlah sesuatu keadaan yang menrunsingkan tetapi jika bayi kelihatan kuning ini boleh mengakibatkan keadaan yang dipanggil 'kenicterus'. Seseorang bayi yang mengalami kenicterus biasanya mula kelihatan kurang aktif tidak mahu menyusu dan tubuhnya berasa lembut. Gambaran ini mungkin berubah dalam mana tubuh bayi menjadi keras, tangisan menjadi nyaring, dan mungkin sawan. Jika ini berterusan tanpa rawatan bayi mungkin mati. Jika ia masih hidup dalam masa beberapa bulan tubuh badanya mungkin berasa lambut semula dan perkembangannya jelas lambat daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak ini selalunya masih tidak boleh meniarap atau duduk walaupun usianya sudah dua tahun. Dia tidak dapat menggunakan tangan untuk menjalankan aktiviti -aktiviti harian seperti makan , minum , mamakai baju atau menulis. Pendengarannya mungkin terjejas. Kanak -kanak yang telah mengalami kenicterus menunjukkan kesan yang berbeza. Ada yang hanya mendapat gangguan pendengaran tanpa kecacatan yang lain dan ada yang tidak berupaya menggunakan kaki dan tangan serta pekak pula.
Di dalam sel -sel darah merah seseorang ada enzim yang dipanggil G 6PD ( glukos 6 phosphate dehydrogenase). Kekurangan enzim ini boleh ujud kerana unsur genetik dan selalunya terdapat di kalangan bayi lelaki. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah berpecah apabila bayi tersentuh atau termakan barang tertentu. Akibat ini adalah tahap kekunigan meningkat dengan cepatnya.
Kekurangan enzim G 6 PD adalah satu punca kenicterus yang penting di negara ini kerana ia merupakan sebab kecacatan yang boleh dicegah jika jondis diberi rawatan segera sebelum melibatkan otak. Kanak-kanak yang kurang enzim G 6PD selalunya ditahan di hospital sekurang-kurang dua minggu sebagai langkah berjaga -jaga kerana jondis boleh naik dengan cepatnya. Bayi yang dilahirkan secara prematur lebih senang mendapat jondis dan biasanya akan ditahan dihospital sehingga dia cukup besar dan kekuningannya reda.
Diantara faktor -faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning ialah ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi , bayi yang menghidap infeksi dan bayi yang mendapat cephalohematoma, ( gelembung di kepala yang mengandungi darah ). Semua ini boleh mengakibatkan kenicterus jika kekuningan tidak dikawal. Kekuningan yang disebabkan oleh ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi selalunya berlaku dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Bayi seperti ini perlu menerima rawatan di hospital untuk mencegah dari berlakunya kenicterus.
Rawatan khas yang diberi di hospital jika bayi terlalu kuning ialah pancaran lampu (phototherapy) dan jika kekuningan meningkat pada tahap memerbahaya pertukaran darah akan dilakukan untuk mencegah berlakunya kenicterus.
Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan bagi anak mereka untuk mencegah kenicterus jika

  1. Bayi kelihatan kuning dalam masa 24 jam selepas bayi di lahirkan
  2. Bayi kelihatan terlalu kuning
  3. Bayi yang tidak tahu menyusu atau kelihatan tidak aktif
Kadangkala jaundis yang dihidapi oleh bayi tidak reda walaupun usia bayi sudah dua minggu. kekuningan yang berterusan ini memerlukan pemeriksaan doktor untuk memastikan yang bayi yang menghidapi penyakit seperti infeksi atau kekurangan  hormon thyroid. Bayi yang bersusu badan kadangkala kelihatan kuning dengan lamanya sehingga sebulan walaupun kesihatannya tedak terjejas. Ini tidak mendatangkan bahaya jika sebab-sebab seperti infeksi, kekurangan hormon thyroid atau penyakit hati sudah diketepikan.
Penyakit lebam hati (neonatal hepatitis) selalunya disyaki jika bayi mula kelihatan kuning pada pada usia dua atau tiga minggu. Kencingnya kelihatan lebih kuning dan najisnya selalu kelihatan berwarna pucat seperti tanah liat. Keadaan ini memerlukan penyiasatan dan rawatan yang berlainan dari bayi yang didapati kuning dalam minggu pertama.



Penyakit kuning tak berkonjugat
Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.
Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.
Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).


Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:


  1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO
  3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)


Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)



Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundic. 


Breast milk jaundic boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.


Penyakit kuning berkonjugat
Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.
Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.


Kesan-kesan jaundis
Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).


Rawatan jaundis
Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.


Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.


Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.
Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.
Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.


Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.
Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

Tuesday, January 10, 2012

info tambahan skim rumah pertama


Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meminta golongan muda yang ingin membeli rumah pertama agar berhubung dengan pihak bank selaku pembiaya Skim Rumah Pertamaku dan bukannya pihak pemaju.
Pengerusinya Datuk Wira Idris Haron berkata hanya pihak bank sahaja yang mampu untuk meluluskan semua permohonan pembelian rumah pertama di bawah skim tersebut.
“Ini kerana pihak bank mempunyai semua data tentang maklumat peminjam sama ada seseorang itu benar-benar pembeli rumah pertama atau sebaliknya.
“Dari situ juga pihak bank boleh mengesahkannya dan sekiranya layak, pembeli rumah pertama di bawah skim tersebut berhak memiliki rumah itu tanpa sebarang bayaran deposit,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 di Paya Rumput di sini, Selasa.
Idris berkata golongan muda atau pembeli rumah pertama hanya perlu mencari rumah yang dikehendaki, mengisi borang dan menghantarnya ke 25 buah institusi kewangan terpilih.
Beliau berkata skim tersebut tidak terhad kepada kakitangan kerajaan sahaja di mana kakitangan swasta turut berhak menikmati tawaran skim tersebut dengan syarat mereka adalah pembeli rumah pertama.
Skim Rumah Pertamaku yang dilancarkan pada 8 Mac lepas merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
Melalui skim tersebut, golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 30 tahun.
Sementara itu dalam majlis yang sama, sebanyak 18 buah sekolah rendah di negeri ini menerima sumbangan kewangan berjumlah RM77,000 daripada Powertek Berhad di bawah Program Sokongan Didikan Powertek Berhad 2011 yang ketujuh.
Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Powertek Dr Ong Peng Su berkata pihaknya memperuntukkan sebanyak RM164,000 untuk membantu kanak-kanak sekolah mendapat pendidikan berkualiti.
– BERNAMA

Wednesday, January 4, 2012

buasir ketika mengandung

salam...buasir atau nama manjanya hemoroid sering berlaku kepada wanita hamil & wanita berpantang...tp boleh berlaku kpd anak gadis or even lelaki...ttp risiko more kpd wanita hamil disebabkan tekanan janin terhadap saluran vena (darah) pd dubur tersebut....perubahan hormon progsterone juga mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan seterusnya kerja2 penghadaman menjadi semakin lambat dan mengakibatkan najis mengeras....


buasir terbahagi kpd dua iaitu 


buasir dalaman (prolaps) iaitu tertumpu di bahagian dalam saluran rektum...dimana tidak menyebabkan sakit atau gatal kerna terletak jauh di dalam saluran rektum...namun kekerapan meneran ketika membuang air besar boleh mendatangkan kecederaan bengkak sediada sehingga mengakibatkan pendarahan...


buasir luaran iaitu bengkak terjulur keluar dari lubang dubur tersebut dimana cenderung kpd simptom sakit, pedih & gatal...jika tersepit, bekalan darah ke saluran dubur ini akan terhalang sehingga mendatangkan kesakitan...tp ada juga kes kedua2 buasir boleh berlaku dgn serentak...kasihan...


tanda buasir : 

Tabiat pemakanan yang kurang elok.
Kurang minum air.
Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
Kurang bersenam.
Sembelit atau cirit birit.
Mengangkat benda berat.
Sentiasa duduk
Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
Cirit-birit
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Batuk yang teruk
Hamil
Bersalin



punca buasir : 

Tabiat pemakanan yang kurang elok.
Kurang minum air.
Mengabaikan pengambilan zat tambahan.
Kurang bersenam.
Sembelit atau cirit birit.
Mengangkat benda berat.
Sentiasa duduk
Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
Cirit-birit
Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
Batuk yang teruk
Hamil
Bersalin



pencegahan: 
dpt nasihat mengenai corak pemakanan yg sihat
kurang makanan pedas
perbanyakan makanan tinggi serat spt buah, sayur & bijirin
minum air kosong 8 gelas sehari (walaupun ada stgh org kata mnm air yg byk x elok utk org berpantang)
tingkatkan kebersihan spt cuci sekerap yg mungkin dan menggunakan sabun n air yg bersih
berendam di dalam air suam selama 15minit pn bagus utk mengurangkan buasir
penggunaan garam mandian yg blh dibeli di farmasi 


kaedah rawatan: 
jumpa doktor sekiranya semakin teruk
benzokin dpt mengurankan kesakitan 
noradrenaline dpt mengecutkan salur darah yg bengkak
salap petrolatum (gliserin) dpt mengekalkan kelembapan di kawasan buasir tersebut
utk buasir dalaman perlu menggunakan ubat supositori atau paip utk kaedah rawatan


rawatan tradisional
penggunaan herba dlm bentuk tablet 
bertangkas dari pelbagai jenis daun herba terutama pegaga akan direbus di dlm periuk dan pesakit akan dudui di atas periuk dimana akan mengecutkan bengkak tersebut
guna minyak gamat asli bg menyembuhkan luka
ada juga pengamal tradisional kata guna kuda laut kering bagus utk buasir


Buah yg perlu dielak jika tahap kita merasa gatal2 dan amalan yg perlu dihindari:
  1. Nenas,keladi,kacang(tak pasti semua jenis kekacang or yg tertentu saja)
  2. Jangan berdiri terlalu lama.
  3. Jangan duduk juga terlalu lama(contoh setiap 1 jam cuba bangun berjln2)
  4. Hindari duduk bertinggung/mencangkung.(Jika guna toilet lebih baik guna yg duduk)
  5. Elakkan makan yg pedas2 juga berempah seperti kari dan sebagainya.
  6. Elak minum teh,kopi atau alkohol(boleh merangsang usus).
  7. Elakkan mengangkat bebanan yg agak berat.
Makanan yg disarankan untuk amalan:
  1. Kategori bijirin spt cornflake,oat,nestum.
  2. Roti gandum
  3. Sayuran2 berserat tinggi(rujukan:http://ksupointer.com/2009/bahan-makanan-sumber-serat).Cth :bayam,daun selada(lettuce),karot,buncis,sawi hijau,kubis,seleri,mentimun,labu kuning dan paprika)
  4. Buah2an berserat tinggi(Rujukan buah2an berserat tinggi (http://carahidup.um.ac.id/2009/08/buah-berserat-tinggi/) seperti tembikai,epal merah, melon,buah naga,belimbing,pir hijau,jambu biji merah,betik,nenas,pisang, avakado,laici, mangga dan tomato,buah tin segar dan masih basah jika dimakan dikatakan dpt menghilangkan buasir juga. Selain itu buah ara fig(fin)..namun tidak diketahui bentuknya atau nama lain juga dikatakan elok dimakan.

Ubat2an sebagai alternatif merawatnya:
  1. TF Plus(harganya Rm228 utk ahli dan Rm 274 utk bukan ahli)..ada yg kata bagus…TF Plus harganya RM228.00 (Harga Ahli) RM274 (bukan ahli)
    setakat ini kadar penyembuhan buasir adalah 95%, bermaksud, buasir itu hilang sama sekali tanpa perlu buat pembedahan. Untuk buasir ini, kebanyakkan orang belum habis sebotol (90 biji) dah sembuh terus.
    Rujukan:http://mforum3.cari.com.my/viewthread.php?tid=300015&extra=&page=6)
  2. Luxor(kurang pasti in detail yg mana satu..tidak disebutkan jenis)
  3. Ubat khas buasir HPA(http://www.klik4sihat.com/buasir/….ambil spirulina(RM24) dan Minyak But2 (RM8)
  4. Produk Biovco(http://blog.biovco.com/2010/01/26/buasir-bahaya-darah-dalam-najis/)
  5. Alphalipid Lifeline bentuk  serbuk..bagus utk buasir dalaman khasnya juga sembelit kronik (Rm150 utk member & non member Rm180)