Tuesday, January 24, 2012

tambah ilmu pengetahuan mengenai jaundis (penyakit kuning)

Jaundis atau kekuningan biasa didapati dikalangan bayi-bayi yang berumur beberapa hari selepas dilahirkan. Adalah dianggapkan enam puluh peratus bayi-bayi yang dilahirkan akan mengalami keadaan ini dinegara ini.
Kekuningan berlaku disebabkan sel-sel darah merah yang menimbulkan bahan kimia 'bilirubin'. Bilirubin ini biasanya dibuang oleh hati atau sistem hepatobiliori.  Jika kadar perpecahan sel-sel darah merah ini terlalu tinggi atau fungsi sistem hepatobiliari tidak memuaskan, tahap bilirubin ini akan menjadi tinggi didalam saluran darah. Inilah yang menyebabkan kulit dan bahagian putih mata kelihatan kuning.



Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat. Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.
Jaundis yang biasa ditemui dikalangan bayi lazimnya mula menjelma selepas 48 jam bayi itu dilahirkan. Tahap kekuningan ini sampai ke kemuncaknya apabila bayi berusia lima hari.  Selepas itu ia mula reda sehingga tidak lagi dikesan, biasanya selepas sepuluh hari. Jaundis mula didapati dibahagian muka dan merebak kepada bahagian badan, perut serta kakinya jika tahap kekuningan terus meningkat.  Bahagian putih matanya dan kencingnya juga kelihatan lebih kuning.  Keadaan bayi selain daripada ini adalah memuaskan. Dia boleh menyusu dan kelihatan aktif seperti biasa. Jaundis biasanya bukanlah sesuatu keadaan yang menrunsingkan tetapi jika bayi kelihatan kuning ini boleh mengakibatkan keadaan yang dipanggil 'kenicterus'. Seseorang bayi yang mengalami kenicterus biasanya mula kelihatan kurang aktif tidak mahu menyusu dan tubuhnya berasa lembut. Gambaran ini mungkin berubah dalam mana tubuh bayi menjadi keras, tangisan menjadi nyaring, dan mungkin sawan. Jika ini berterusan tanpa rawatan bayi mungkin mati. Jika ia masih hidup dalam masa beberapa bulan tubuh badanya mungkin berasa lambut semula dan perkembangannya jelas lambat daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak ini selalunya masih tidak boleh meniarap atau duduk walaupun usianya sudah dua tahun. Dia tidak dapat menggunakan tangan untuk menjalankan aktiviti -aktiviti harian seperti makan , minum , mamakai baju atau menulis. Pendengarannya mungkin terjejas. Kanak -kanak yang telah mengalami kenicterus menunjukkan kesan yang berbeza. Ada yang hanya mendapat gangguan pendengaran tanpa kecacatan yang lain dan ada yang tidak berupaya menggunakan kaki dan tangan serta pekak pula.
Di dalam sel -sel darah merah seseorang ada enzim yang dipanggil G 6PD ( glukos 6 phosphate dehydrogenase). Kekurangan enzim ini boleh ujud kerana unsur genetik dan selalunya terdapat di kalangan bayi lelaki. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah berpecah apabila bayi tersentuh atau termakan barang tertentu. Akibat ini adalah tahap kekunigan meningkat dengan cepatnya.
Kekurangan enzim G 6 PD adalah satu punca kenicterus yang penting di negara ini kerana ia merupakan sebab kecacatan yang boleh dicegah jika jondis diberi rawatan segera sebelum melibatkan otak. Kanak-kanak yang kurang enzim G 6PD selalunya ditahan di hospital sekurang-kurang dua minggu sebagai langkah berjaga -jaga kerana jondis boleh naik dengan cepatnya. Bayi yang dilahirkan secara prematur lebih senang mendapat jondis dan biasanya akan ditahan dihospital sehingga dia cukup besar dan kekuningannya reda.
Diantara faktor -faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning ialah ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi , bayi yang menghidap infeksi dan bayi yang mendapat cephalohematoma, ( gelembung di kepala yang mengandungi darah ). Semua ini boleh mengakibatkan kenicterus jika kekuningan tidak dikawal. Kekuningan yang disebabkan oleh ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi selalunya berlaku dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Bayi seperti ini perlu menerima rawatan di hospital untuk mencegah dari berlakunya kenicterus.
Rawatan khas yang diberi di hospital jika bayi terlalu kuning ialah pancaran lampu (phototherapy) dan jika kekuningan meningkat pada tahap memerbahaya pertukaran darah akan dilakukan untuk mencegah berlakunya kenicterus.
Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan bagi anak mereka untuk mencegah kenicterus jika

  1. Bayi kelihatan kuning dalam masa 24 jam selepas bayi di lahirkan
  2. Bayi kelihatan terlalu kuning
  3. Bayi yang tidak tahu menyusu atau kelihatan tidak aktif
Kadangkala jaundis yang dihidapi oleh bayi tidak reda walaupun usia bayi sudah dua minggu. kekuningan yang berterusan ini memerlukan pemeriksaan doktor untuk memastikan yang bayi yang menghidapi penyakit seperti infeksi atau kekurangan  hormon thyroid. Bayi yang bersusu badan kadangkala kelihatan kuning dengan lamanya sehingga sebulan walaupun kesihatannya tedak terjejas. Ini tidak mendatangkan bahaya jika sebab-sebab seperti infeksi, kekurangan hormon thyroid atau penyakit hati sudah diketepikan.
Penyakit lebam hati (neonatal hepatitis) selalunya disyaki jika bayi mula kelihatan kuning pada pada usia dua atau tiga minggu. Kencingnya kelihatan lebih kuning dan najisnya selalu kelihatan berwarna pucat seperti tanah liat. Keadaan ini memerlukan penyiasatan dan rawatan yang berlainan dari bayi yang didapati kuning dalam minggu pertama.



Penyakit kuning tak berkonjugat
Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.
Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.
Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).


Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:


  1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO
  3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)


Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)



Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundic. 


Breast milk jaundic boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.


Penyakit kuning berkonjugat
Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.
Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.


Kesan-kesan jaundis
Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).


Rawatan jaundis
Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.


Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.


Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.
Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.
Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.


Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.
Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.

1 comment:

  1. Tak perlu kos jutaan ringgit utk pembedahan.Dah cuba rawatan secara holistik diPusat Rawatan Fitrah Healthcare Centre.Tak rugi mencuba kerana caj rawatan hanya RM70 shj.Masalah biliatary,G6PD,Jaundice pun boleh dirawat. 019 6676236 -Dr Wan

    ReplyDelete