Tuesday, November 1, 2011

khasiat buah bg ibu mengandung

khasiat buah

Dalam suatu riwayat disebutkan: 
"Ibu yang sedang hamil hendaklah makan buah kelapa kerana ia boleh menjadikan bau anaknya menjadi harum dan warna kulitnya bersih." Hadis ini berpunca dari Muhammad bin Ya'qub (Al-Wasail 15: 133, hadis ke 1)
Rasulullah saw bersabda: 
"Berilah makanan isterimu yang sedang hamil buah kelapa, kerana ia boleh menjadi sebab anakmu berakhlak baik." Hadis ini berpunca dari Sayyid Ar-Rawandi (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke 2)
Rasululah saw bersabda:
"Aroma para nabi aroma buah kelapa, aroma bidadari, aroma as (sejenis bunga berwarna putih berbau harum), aroma malaikat, aroma bunga mawar. Dan aroma puteriku Fatimah Az-Zahra 'adalah aroma buah kelapa, as dan bunga mawar. Allah tidak mengutus seorang nabi dan washinya kecuali pada terdapat bau kelapa.Berilah makanan buah kelapa isterimu yang sedang hamil, agar aroma anakmu harum. "Hadis ini berpunca dari Musa bin Ja'far dan bapa-bapanya (sa) dari Nabi saw. (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke1)
Rasulullah saw bersabda: 
"Berilah minuman dari Luban isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu." Hadis ini berpunca dari Abul Abbas Al-Mustaghfiri dalam kitab Thibbun Nabi saw dikutip oleh Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis 1.
Rasulullah saw bersabda:
"Berilah makanan dari Luban isterimu yang sedang hamil, kerana jika bayimu di dalam perut ibunya diberi makanan dari Luban ia dapat menambah kecerdasan akalnya. Jika ia laki-laki akan menjadi orang yang berani, dan jika perempuan pinggulnya akan besar sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya. "Hadis ini berpunca dari Sufyan Ats-Tsauri dari Abu Ziyad dai Imam Hasan bin Ali (sa). (Al-Wasail 15: 136, hadis ke 1).
Imam Ali Ar-Ridha (sa) berkata:
"Berilah makanan dari Luban isterimu yang sedang hamil. Jika bayi dalam perut isterimu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim dan berani. Jika perempuan ia akan baik fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya. "Hadis ini berpunca dari Muhammad bin Ya'qub (Al-Wasail 15: 136, hadis ke 2)
Imam Abul Hasan (sa) berkata: 
"Tahukah kamu bayi yang dikandung oleh Siti Maryam?" Aku menjawab: Tidak. Beliau berkata: "Ia berasal dari buah kurma yang segar yang dihantar oleh Jibril (sa)." Hadis ini berpunca dari Sulaiman Al-Ju'fi. (Mustadrak Al-Wasail 2: 619)
Imam Ali bin Abi Thalib (sa) berkata: 
"Tidak ada makanan dan ubat yang dimakan oleh perempuan yang sedang hamil lebih utama dari buah kurma yang segar (rathab), kerana Allah azza wa jalla berfirman kepada Siti Mariam: 'Goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu '(Maryam: 25-26). Hadis ini berpunca dari Imam Ja'far Ash-Shadiq (sa). (Mustadrak Al-Wasail 2: 619, hadis ke 3)
Rasulullah saw bersabda: 
"Tidak ada seorang perempuan hamil yang makan buah tembikai, kecuali anak yang dilahirkan olehnya wajah dan fizikalnya bagus." Hadis ini berpunca dari Abul Abbas Al-Mustaghfiri dalam kitab Thibbun Nabi saw dikutip oleh Mustadrak Al-Wasail 2: 619.

No comments:

Post a Comment