Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.
Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Anda perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
- Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
- Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
- Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran).
- Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
- Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
- Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
- Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
- Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
- Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
- Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
- Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
- Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
- Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
- Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu
- Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold)
- Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
- Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini
- Mulut bayi terbuka luas
- Dagu bayi memcecah payudara
- Bibir atas dan bawah melengkup keluar
- Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
- Pipi bayi menggelembung
- Ada nada hisapan glup..glup.. hisap-telan-hisap-telan
- untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
- memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
- mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
- mengelakkan bengkak payudara ibu
No comments:
Post a Comment