Tuesday, April 3, 2012

selamat bekerja & selamat ke sekolah

salam...hari ni (semalam 2/4/2012) aku dah start kerja..dan anak aku si rizqi comel pun dah start g school (a.k.a sekolah)...sedih n kaget sgt..ye laa tiba2 dah ada anak sendiri...then kena drive g keja bersama si montel rizqi tuh...tp utk 1st day nie..papa ikot skali...tp dia duk belakang..so bile rizqi ngngis dia amik laa..tp salah sendiri gak laa..sbb x kasi rizqi mnm susu dl sblm bertolak g skola...lama gak laa aku n suami g lepak kt sana..smpai kul 9.15am sbb kitorg mcm sedih jerk nak tinggal kan rizqi..dgn bdk2 lain yg ngngis2...cuak gak laa..takut rizqi mcm tu gak..lps anta rizqi, aku ngadu lapar...so kami makan kt kantin sirim...biasa jerk mkanan...still kena pantang mkn makanan berangin sbb anak aku kembung perut...then anta laki aku g keja..balik rumah amik susu badan yg disejukbeku bawak g taska...lps tu kak ain (pengasuh taska) bilang...anak aku nie kembung teruk...perut & betis dia keras gile...sian anak aku..ye laa aku mn rajin tuam anak aku nie...terus risau gile..abis waktu keja amik si montel tuh...tanyer cik K...rizqi nakal x kt skolah...cik K ckp nakal skit...rupa nyer anak aku ni suka ngngis sbb dia kuat kembung...so pengasuh & ibu2 kt skola tu ckp beli ubat gripe water utk rizqi...tp sblm balik rumah aku kena kasi susu gak kt rizqi sbb dia dah ngngis2...dan smpai rumah dlm 5.45pm dan rizqi tido time tuh...yeay...

smpai di rumah...tgk barang rizqi semua & buka nota yg pengasuh buat...ada komen x...then ckp kt husband suruh beli gripe water utk rizqi...aku pn mandi rizqi & tuam dia...mak aku dah layarkan sirih...suruh bubuh kt perut & bird dia...mmg sian...aku nak anak aku sembuh jerk..x mau dia kena angin pasang..ye laa aku kan gegirl so mn tau rupa angin pasang tuh camana..tp lps nie...aku akan tuam & bubuh sirih kt anak aku nie...dan hari ni anta rizqi alhamdullilah..tiada masalah..dah kasi dia susu kul 6am...dia kenyang tido jerk dlm keta..then sj jerk bawak g opis..tunjuk kt atok2 & nenek2 yg x dan nk tgk dia..kul 8.45am anta dia g taska...kasi netek skit buat syarat dia senyap & dimandikan sblm tido...harap2 anak mama yg montel nie elok jerk perangai hari nie...still risau...dan alhamdullilah aku x terlupa nak amik anak aku...yelaa sblm ni dah biasa hidup berdua jerk dgn suami (ada mak, abah & ojan skali)...time solat pn tiba2 dah rs perut kecik...tiba2 rindu saat mengandung...tp aku xde pengalaman bersalin normal...tp still risau gak time bersalin scr tingkap tuh...pape pun ada hikmah tersendiri...wallahuallam...lalala~

doa selamat & hari terakhir berpantang

salam...hari 30/3/2012 adalah hari terakhir aku berpantang...dan 1st time rizqi jatuh katil...abis bengkok kepala anak aku...sori nak...mama akan lebih berhati2...padah aku komen papa dia x tau anak dia kena gigit dgn serangga...skali kena kt batang hidung sendiri...sob3x...

hari 31/3/2012 diadakan doa selamat rizqi el fahri semoga dipanjangkan umur & disihatkan tubuh badan...amin...minggu terakhir tu balik kg nak bawak rizqi jmp family in law yg rindu bangat kt cucu yg montel & hantap tuh...dan nak kenalkan rizqi kpd sanak saudara & org2 kg...malam tu ada buat tahlil utk arwah anak mak Dah...sian mak Dah...alfatihah...

dan pd 31/3/2012 juga harijadi suami aku faiz fahmi bin nor azman...selamat 26thn papa...muda nyer...mmg laa sbb mama dia tua 2 thn dr papa dia...hahaha...semoga suamiku dimurahkan rezeki & disihatkan tubuh badan & perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat...amin...lalala~

Saturday, March 17, 2012

introducing my precious son Rizqi El Fahri

assalammualaikum, 


sori lama x update...sbb nyer...aku dah bergelar ibu pada 15 februari 2012...hehehe...dan anak aku bernama Rizqi El Fahri bin Faiz Fahmi...panjang kan nama anak aku...campuran kombinasi pilihan nama yg aku & suami nak...suami aku nak letak nama El Fahri sbb dia peminat ceta2 indon n peminat tegar ahmad dhani...then dia suruh pilih nama utk diletak di hadapan nama el fahri tuh...so aku google search nama2 islam tiba2 kasi cadangan nama rizqi yg bermaksud rezeki & kurniaan Allah...so dia ckp ok..masuk nama tu & sedap...hari nie dah genap 31hari anak aku...kdg2 mmg aku panas baran sbb aku x paham bahasa & gerak tubuh anak aku sendiri...bile aku dah mara2 dia...kemudian br aku minta maaf sbb aku x sengaja...sian anak aku...sori sayang....mama janji akan lebih sayang kamu...kamu membesar menjadi anak yg soleh n baik2 belaka...jd kebanggaan mama & papa yerk nak...smpai skrg...aku masih x percaya yg aku nie ada anak...aku dah ada tanggungjawab lebih...br aku menghargai ibu aku...tp kdg2 fedup gak...tp lepas tu insafkan diri...mybe aku jenis panas baran dlm diam...tp kejap jerk kot...ok laa...ni aku nak letak gamba comel anak aku utk tatapan kalian semua...lalala~











pregnancy moments

assalammualaikum,
ok laa entry ni dah lapuk...tp still aku nak kongsi gamba2 kenangan aku tgh mengandung...gamba poyo2 jerk...lalala~









Thursday, February 9, 2012

bagaimana nak tau puting normal, leper atau tenggelam?

Caranya: Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit dengan lembut kawasan areola pada jarak diameter 1 inci daripada puting.

Puting yang normal akan tertonjol apabila dikenakan tekanan pada areola. Tetapi puting leper tidak tertonjol keluar manakala puting tenggelam akan tertarik ke dalam.


Bolehkah menyusukan bayi jika puting leper atau tenggelam?
Anda perlu yakin bahawa walau bagaimanapun bentuk dan keadaan puting (sama ada leper atau tenggelam) bayi masih boleh menyusu dengan efektif. Ibu-ibu perlu:
  1. Tetapkan keyakinan bahawa ibu boleh menyusukan bayi dengan efektif.
  2. Fahami bahawa semasa penyusuan, mulut bayi perlu merangkum areola bukannya menghisap puting semata-mata.
  3. Latih bayi melekap dengan betul seawal kali pertama bayi mula menyusu daripada ibu (1 jam pertama selepas kelahiran).
  4. Berlatih dengan kerap sepanjang masa rooming-in (ibu bersama bayi di hospital) dan sepanjang masa tanpa jemu dan putus asa.
  5. Letakkan bayi pada posisi yang betul semasa penyusuan.
  6. Pelekapan yang baik boleh membantu menonjolkan puting yang leper.
  7. Menyusu bayi sebelum payudara menjadi bengkak. Pembengkakan payudara akan merumitkan keadaan kerana puting akan menjadi lebih leper/tenggelam. (Puting normal pun sukar menyusukan bayi apabila payudara bengkak).
  8. Ibu boleh juga mengepam sebelum menyusu bayi untuk menonjolkan sedikit puting supaya mudah bayi melekap dengan berkesan.
Kesimpulannya tak kisah laa keadaan puting sama ada normal, leper atau tenggelam, anak-anak masih berhak mendapat susu ibu daripada ibunya. Susu ibu adalah makanan terbaik bagi bayi.

Cara Merangsang Bayi Memulakan Penyusuan:
  1. Dukung bayi dalam posisi yang selesa (rujuk posisi penyusuan ibu)
  2. Sentuh pipi bayi agar dia berpaling pada payudara ibu
  3. Sentuh bibir bayi dengan puting payudara agar dia mula membuka mulutnya dengan luas
  4. Gerakkan badan bayi ke arah payudara ibu
  5. Pastikan mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola payudara
  6. Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit bahagian bawah payudara ibu
Cara Mengampu Payudara:
  1. Ampu payudara dalam keadaan Pegangan "C" (C-hold
  2. Ibu jari berada di atas payudara manakala jari-jari lain mengampu bahagian bawah payudara
  3. Ampu dengan lembut, jangan memicit atau menekan payudara dengan kuat dalam keadaan ini
Teknik Lekapan Bayi:
  1. Mulut bayi terbuka luas
  2. Dagu bayi memcecah payudara
  3. Bibir atas dan bawah melengkup keluar
  4. Mulut bayi merangkum sebahagian besar kawasan areola
  5. Pipi bayi menggelembung
  6. Ada nada hisapan glup..glup..  hisap-telan-hisap-telan
Teknik lekapan dan penyusuan yang betul adalah penting kerana:
  1. untuk mengelak kesakitan, luka atau melecet pada puting payudara ibu
  2. memastikan bayi mendapat susu secukupnya dalam keadaan tenang
  3. mengelakkan bayi meragam, putus asa dan keletihan
  4. mengelakkan bengkak payudara ibu
info dari http://www.momschoice.com.my/blog

Risiko kemungkinan bayi tidak diberi susu ibu..

Berikut adalah senarai risiko penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu hasil kajian pakar (ni aku copy paste jerk...hebat x?) hehehe

1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan.
  • Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
  • Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
  • Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
  • Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome).
  • SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
  • Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda.
  • Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
  • Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
  • Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan  boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
  • Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
  • Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya.
  • Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar.
8. Keberkesanan vaksin.
  • Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
  • Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
  • (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
  • Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat!
  • Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula.
  • Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi.
10. Obesiti
  • Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

Tuesday, January 24, 2012

tambah ilmu pengetahuan mengenai jaundis (penyakit kuning)

Jaundis atau kekuningan biasa didapati dikalangan bayi-bayi yang berumur beberapa hari selepas dilahirkan. Adalah dianggapkan enam puluh peratus bayi-bayi yang dilahirkan akan mengalami keadaan ini dinegara ini.
Kekuningan berlaku disebabkan sel-sel darah merah yang menimbulkan bahan kimia 'bilirubin'. Bilirubin ini biasanya dibuang oleh hati atau sistem hepatobiliori.  Jika kadar perpecahan sel-sel darah merah ini terlalu tinggi atau fungsi sistem hepatobiliari tidak memuaskan, tahap bilirubin ini akan menjadi tinggi didalam saluran darah. Inilah yang menyebabkan kulit dan bahagian putih mata kelihatan kuning.



Penyakit kuning bayi boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu penyakit kuning berkonjugat dan kuning tak berkonjugat. Bilirubin tak berkonjugat adalah antara produk akhir yang terhasil melalui pemecahan sel darah merah yang tamat tempoh hayatnya. Bilirubin tak berkonjugat seterusnya akan diproses kepada bilirubin berkonjugat di hati dan kemudian akan disingkirkan dari badan melalui najis. Bayi baru lahir mempunyai jumlah sel darah merah yang banyak. Tambahan pula, hati bayi baru lahir belum matang dan tidak dapat memproses bilirubin sepenuhnya, menyebabkan paras bilirubin di dalam darah meningkat dan seterusnya pemendapan berlaku di dalam kulit yang menyebabkan kekuningan.
Jaundis yang biasa ditemui dikalangan bayi lazimnya mula menjelma selepas 48 jam bayi itu dilahirkan. Tahap kekuningan ini sampai ke kemuncaknya apabila bayi berusia lima hari.  Selepas itu ia mula reda sehingga tidak lagi dikesan, biasanya selepas sepuluh hari. Jaundis mula didapati dibahagian muka dan merebak kepada bahagian badan, perut serta kakinya jika tahap kekuningan terus meningkat.  Bahagian putih matanya dan kencingnya juga kelihatan lebih kuning.  Keadaan bayi selain daripada ini adalah memuaskan. Dia boleh menyusu dan kelihatan aktif seperti biasa. Jaundis biasanya bukanlah sesuatu keadaan yang menrunsingkan tetapi jika bayi kelihatan kuning ini boleh mengakibatkan keadaan yang dipanggil 'kenicterus'. Seseorang bayi yang mengalami kenicterus biasanya mula kelihatan kurang aktif tidak mahu menyusu dan tubuhnya berasa lembut. Gambaran ini mungkin berubah dalam mana tubuh bayi menjadi keras, tangisan menjadi nyaring, dan mungkin sawan. Jika ini berterusan tanpa rawatan bayi mungkin mati. Jika ia masih hidup dalam masa beberapa bulan tubuh badanya mungkin berasa lambut semula dan perkembangannya jelas lambat daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak ini selalunya masih tidak boleh meniarap atau duduk walaupun usianya sudah dua tahun. Dia tidak dapat menggunakan tangan untuk menjalankan aktiviti -aktiviti harian seperti makan , minum , mamakai baju atau menulis. Pendengarannya mungkin terjejas. Kanak -kanak yang telah mengalami kenicterus menunjukkan kesan yang berbeza. Ada yang hanya mendapat gangguan pendengaran tanpa kecacatan yang lain dan ada yang tidak berupaya menggunakan kaki dan tangan serta pekak pula.
Di dalam sel -sel darah merah seseorang ada enzim yang dipanggil G 6PD ( glukos 6 phosphate dehydrogenase). Kekurangan enzim ini boleh ujud kerana unsur genetik dan selalunya terdapat di kalangan bayi lelaki. Kekurangan enzim ini boleh menyebabkan sel-sel darah merah berpecah apabila bayi tersentuh atau termakan barang tertentu. Akibat ini adalah tahap kekunigan meningkat dengan cepatnya.
Kekurangan enzim G 6 PD adalah satu punca kenicterus yang penting di negara ini kerana ia merupakan sebab kecacatan yang boleh dicegah jika jondis diberi rawatan segera sebelum melibatkan otak. Kanak-kanak yang kurang enzim G 6PD selalunya ditahan di hospital sekurang-kurang dua minggu sebagai langkah berjaga -jaga kerana jondis boleh naik dengan cepatnya. Bayi yang dilahirkan secara prematur lebih senang mendapat jondis dan biasanya akan ditahan dihospital sehingga dia cukup besar dan kekuningannya reda.
Diantara faktor -faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning ialah ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi , bayi yang menghidap infeksi dan bayi yang mendapat cephalohematoma, ( gelembung di kepala yang mengandungi darah ). Semua ini boleh mengakibatkan kenicterus jika kekuningan tidak dikawal. Kekuningan yang disebabkan oleh ketidaksamaan kumpulan darah ibu dan bayi selalunya berlaku dalam masa 24 jam selepas bayi dilahirkan. Bayi seperti ini perlu menerima rawatan di hospital untuk mencegah dari berlakunya kenicterus.
Rawatan khas yang diberi di hospital jika bayi terlalu kuning ialah pancaran lampu (phototherapy) dan jika kekuningan meningkat pada tahap memerbahaya pertukaran darah akan dilakukan untuk mencegah berlakunya kenicterus.
Ibu bapa perlu mendapatkan pemeriksaan bagi anak mereka untuk mencegah kenicterus jika

  1. Bayi kelihatan kuning dalam masa 24 jam selepas bayi di lahirkan
  2. Bayi kelihatan terlalu kuning
  3. Bayi yang tidak tahu menyusu atau kelihatan tidak aktif
Kadangkala jaundis yang dihidapi oleh bayi tidak reda walaupun usia bayi sudah dua minggu. kekuningan yang berterusan ini memerlukan pemeriksaan doktor untuk memastikan yang bayi yang menghidapi penyakit seperti infeksi atau kekurangan  hormon thyroid. Bayi yang bersusu badan kadangkala kelihatan kuning dengan lamanya sehingga sebulan walaupun kesihatannya tedak terjejas. Ini tidak mendatangkan bahaya jika sebab-sebab seperti infeksi, kekurangan hormon thyroid atau penyakit hati sudah diketepikan.
Penyakit lebam hati (neonatal hepatitis) selalunya disyaki jika bayi mula kelihatan kuning pada pada usia dua atau tiga minggu. Kencingnya kelihatan lebih kuning dan najisnya selalu kelihatan berwarna pucat seperti tanah liat. Keadaan ini memerlukan penyiasatan dan rawatan yang berlainan dari bayi yang didapati kuning dalam minggu pertama.



Penyakit kuning tak berkonjugat
Sebilangan bayi sihat mengalami masalah kekuningan pada hari kedua dan menjadi nyata menjelang hari ketiga dan keempat selepas kelahiran.
Fenomena ini adalah masalah fisiologi tubuh badan bayi dan kuning ini dipanggil jaundis fisiologikal.
Masalah jaundis fisiologikal tidak berlaku dalam masa 24 jam pertama kelahiran dan tidak melebihi jangka masa dua minggu dalam bayi matang atau tiga minggu dalam bayi pramatang. Tahap bilirubin dalam darah juga tidak tinggi (iaitu kurang dari 250 mmol/L atau 12 mg/dL).


Beberapa punca boleh menyebabkan peningkatan paras bilirubin dalam tisu, antaranya:


  1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
  2. Ketidaksesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO
  3. Terlalu banyak sel darah merah (polycythemia)


Masalah kecederaan ketika lahir. Bayi yang lahir melalui kaedah vakum atau forsep mungkin mengalami masalah pendarahan di bawah bahagian kepala, sama ada di bawah selaput yang menutupi tulang tengkorak (cephalhaematoma) atau di bawah tisu lembut kepala (pendarahan subaponeurosis)



Semua masalah di atas akan menyebabkan pemecahan sel darah merah dan seterusnya jaundis. Penyakit kuning tak berkonjugat juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya dan breast milk jaundic. 


Breast milk jaundic boleh terjadi disebabkan kandungan susu ibu yang luar biasa dan mungkin mengandungi komponen beta glukoronidase yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin tak berkonjugat kepada berkonjugat.


Penyakit kuning berkonjugat
Antara punca paling penting menyebabkan penyakit kuning berkonjugat adalah masalah biliary atresia, di mana saluran hempedu tidak normal dan tersekat.
Ini menyebabkan paras bilirubin berkonjugat meningkat di dalam darah. Tambahan pula, bilirubin berkonjugat yang terhasil tidak dapat disingkirkan melalui najis, seterusnya menyebabkan najis bayi kelihatan pucat keputihan dan air kencing berwarna gelap. Penyakit biliary atresia memerlukan rawatan pembedahan.


Kesan-kesan jaundis
Apabila tahap bilirubin tak berkonjugat tinggi, ia boleh melepasi lapisan darah-otak (blood brain barrier) dan termendap di sel-sel otak. Jika jaundis tidak dirawat, bayi boleh mengalami masalah pendengaran atau lebih teruk lagi masalah terencat akal (kernicterus).


Rawatan jaundis
Jika bayi anda kelihatan kuning, jumpalah doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan darah akan dilakukan untuk menilai paras bilirubin di dalam darah. Berdasarkan keadaan bayi dan pemeriksaan darah, doktor kanak-kanak anda akan menilai sama ada rawatan susulan diperlukan.


Rawatan yang biasa dilakukan untuk bayi jaundis adalah rawatan fototerapi. Fototerapi adalah rawatan cahaya biru yang boleh menukar struktur bilirubin tak berkonjugat kepada lumirubin, di mana ia senang dikumuhkan di hati dan disingkirkan melalui najis.


Fototerapi perlu dilakukan berterusan; bayi didedahkan kepada cahaya biru ini tanpa pakaian dan mata bayi akan ditutup dengan penutup mata khas.
Rawatan fototerapi ini akan dihentikan apabila tahap bilirubin darah menurun ke tahap selamat. Rawatan fototerapi boleh dilakukan di hospital atau jika paras bilirubin tidak terlalu tinggi melalui home phototherapy; di rumah anda.
Rawatan penukaran darah akan dilakukan apabila paras bilirubin tak berkonjugat dalam darah terlampau tinggi, iaitu melebihi 340mmol/L, walaupun setelah diberi rawatan fototerapi.


Jika anak anda sudah menerima rawatan fototerapi, pemeriksaan susulan perlu diadakan untuk memastikan tahap bilirubin tidak melambung semula.
Berbincanglah dengan doktor anda sama ada rawatan fototerapi masih diperlukan.
Bayi yang mempunyai paras bilirubin terlampau tinggi atau menerima rawatan penukaran darah perlu mendapat pemeriksaan susulan untuk pemeriksaan perkembangan dan ujian pendengaran.