Sunday, October 16, 2011

tips pedih ulu hati ketika hamil....

salam...baru2 ni aku rs sakit pedih ulu hati (aku pn x tau camana rs nyer) mybe salah aku sbb x pandai jg kesihatan diri...sbb baru2 ni aku selsema...then aku jalan kaki ke site visit (blok sblh jerk)...konun2 nyer nak exercise tp skali aku gak yg tercungap2 bile smpai opis...wakaka...mybe aku suka mnm air berunsur kaffein (nescafe or teh)...tp lps nie aku akan alert laaa....so berikut adalah tips2 utk ibu2 mengandung yg mengalami pedih ulu hati...selamat beramal


  1. Makan dalam kadar yang sedikit tetapi kerap. Sentiasa bawa bersama anda bekalan biskut kering atau mungkin buah seperti kurma.
  2. Makan secara perlahan-lahan.
  3. Jangan minum sambil makan air. Minum selepas makan, dalam kuantiti yang sedikit.
  4. Elakkan makanan-makanan yang pedas.
  5. Elakkan makanan yang berasid seperti jeruk, tomato dan cuka.
  6. Elakkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan air kola.
  7. Elakkan merokok dan minuman beralkohol. Ia juga tidak baik untuk bayi.
  8. Jangan baring sekurang-kurangnya sejam selepas makan.
  9. Jika berbaring, tinggikan kepala dan dada daripada kaki/perut.
  10. Jangan memakai baju yang ketat terutama di bahagian perut dan pinggang kerana ia meningkatkan tekanan pada perut anda.
  11. Minum minuman berhalia. Anda boleh buat sendiri dengan merebus halia dan letakkan gula secukup rasa jika suka.
  12. Makan chewing gum. Kandungan bicarbonate dalam chewing yang beralkali akan meneutralkan keasidan dalam perut.
  13. Jika ingin tunduk, jangan tunduk dengan membengkokkan pinggang. Cara yang sesuai, bengkokkan lutut.
  14. Jumpa doktor untuk preskripsi ubat untuk pedih ulu hati.
rujukan :
  • babycentre.com
  • medicine.com
  • webmd.com

Saturday, October 8, 2011

skim rumah pertama ku

salam...jumaat lps (7/10/2011) PM kite dah bentangkan belanjawan negara tahun 2011....dan salah satu yg dibentangkan adalah skim rumah pertama ku kpd rakyat yg berpendapatan bawah rm3000 dan salah seorg calon nyer adalah aku...cewah...terus semangat nak cr maklumat berkenaan skim rumah pertama nie...dan kawasan yg akan di bangunkan adalah spt putrajaya, putraheight, damansara, bukit raja klang...so info terkini sila layari website berikut...lalala


http://www.drumah.com


artikel pertama: 
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung yakin pembeli rumah pertama Skim Rumah Pertamaku boleh membayar pinjaman perumahan mereka walaupun jika mereka tidak membayar bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
Beliau berkata golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan boleh memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman mereka ke tempoh maksimum.
“Saya yakin jika pendapatan sesuatu isi rumah selepas ditolak bayaran KWSP dan sebagainya, masih dalam lingkungan RM3,000, saya yakin pasangan suami isteri tersebut masih boleh memperolehi rumah,” katanya kepada pemberita di sini.
Skim perumahan tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 pada Jumaat lalu.
Chor berkata pinjaman di bawah skim tersebut akan diuruskan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).

artikel kedua: 
Skim Rumah Pertamaku, yang dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menarik penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan, termasuk institusi kewangan Islam.
Najib berkata skim itu yang merupakan inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas Bhd dan institusi kewangan, dilaksanakan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia.
“Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia memiliki rumah pertama mereka dengan cepat,” kata Najib pada pelancaran Skim Rumah Pertamaku itu, di sini hari ini.
Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000, boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000, dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.
“Ini bermakna, kerajaan, melalui Cagamas akan menjamin bayaran pendahulan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut,” kata Perdana Menteri.
“Diharapkan skim ini juga akan menggalakkan pemaju perumahan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia,” kata Najib
Bank yang terlibat ialah Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd, Alliance Bank Malaysia Bhd, Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd, AmBank Bhd, AmIslamic Bank Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, Bank Muamalat Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd, CIMB Islamic Bank Bhd, EON Bank Bhd, EONCAP Islamic Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Hong Leong Islamic Bank Bhd.
Maybank Bhd, Maybank Islamic Bank Bhd, OCBC Bank Malaysia Bhd, OCBC Al Amin Bhd, Public Bank Bhd, Public Islamic Bank Bhd, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd, United Overseas Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan Cagamas Bhd (CSC Department).
Ketika pembentangan bajet 2011, tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.
Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit menerusi Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa.
“Peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta disediakan, khususnya untuk membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah,” kata Najib.
– BERNAMA

artikel ketiga:


ciri-ciri dan faedah utama: 
1. pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan) 
a) pembiayaan sehingga 100%
b) harta kediaman sahaja


kriteria kelayakan 
2. peminjam/ pelanggan yg layak
a) warganegara Malaysia
b) pembeli rumah pertama
c) individu berumur sehingga 35 tahun 
d) pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih drp RM3,000 sebulan
e) sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yg sama tidak kurang drp 6 bulan
f) secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 drp pendapatan bulanan. jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yg dibenarkan di bawah polisi penajajaminan bank-bank yg terlibat. 


harta yg layak
a) harta kediaman yg terletak dlm Malaysia
b) nilai minimum hartanah RM100,000
c) nilai maksimum hartanah RM220,000
d) dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan) 


keperluan pembiayaan
a) tempoh pembiayaan tidak lebih drp 30 thn
b) kemudahan utk melunaskan shj (tiada ciri yg memberi kemudahan utk pengeluaran) 
c) bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
d) rekod simpanan (rizab kecairan utk 3 bulan ansuran) 
e) insurans/takafil kebakaran diwajibkan 


permohonan
a) permohonan utk pembiayaan di bawah Skim ini blh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yg terlibat


borang:
http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=152&lang=ms

p/s: selamat mencuba kawan2...sblm kite berumur 35thn dan sblm pendapatan melebihi rm3,000 sebulan...tak sabar...yeayyy~

Friday, September 30, 2011

salam semua...aku ni bukan laa seorg yg penulis yg teror dlm mengolah bahasa dan perkataan...tp aku suka membaca pengalaman sesorg...dari sedih hingga gembira...dan dpt menambah ilmu pengetahuan...bile byk membaca mengenai pengalaman sesorg itu hendak menjadi bakal ibu, dan ilmu2 tambah yg dia dpt dr internet...so aku pun terpikir ape salah nyer klau aku share pengalaman aku...hehehe...

ok..aku nikah malam 22/4 sanding 23/4...bertandang 30/4...sungguh pantas masa berlalu..dan genap 5 bulan 7 hari aku bergelar isteri org...ok laa kan...lps majlis belah perempuan, aku sempat period sekali..then terus pregnant...tp aku x buat test ujian air kencing sendiri sbb suami aku dah pelik sbb aku x period2...dia ajak g klinik...aku pn mcm ok jerk laa...mmg xde perasaan lgsg tp aku dah agak dah aku pregnant sbb lama sgt x period...so 1st buat checkup pd 30/6...lama kan...skali tup dah sah terang-terang aku pregnant...time tuh 7 minggu 5 hari...perghh dah nak masuk 2 bln aku pregnant...so semua org assume aku bunting pelamin...ntah lebih kurang laa kot...time tuh doc just kasi asid folic & pramilet...tp aku time tuh xde hati nak makan pramilet...so makan asid folic jerk..

2nd checkup lak pd 11/7...time tuh doc tanyer nak buka kad kt mana? klinik kesihatan or klinik panel...aku time tuh ckp klinik panel sbb aku tau klinik kesihatan amik masa lama...aku x suka kena tunggu lama2 mcm membuang masa aku jerk...lg pn aku rs klinik soraya sec3 ni bagus...so aku dgn confident ckp sy nak klinik panel..terus buka kad merah & kad putih...time tuh doc amik darah utk tau jenis darah, hemoglobin etc yg mn aku x paham makna nyer...dan doc just kasi pramilet, asid folic & calcium...

3rd checkup lak pd 4/8 utk tau result ujian darah hari tuh...so far semua nyer ok alhamdullilah cuma hemoglobin aku rendah 10.9 klau normal 11.0 so doc suruh makan calcium 2 biji pg 2 bj malam...tp aku just makan ronggak2...pramilet pun jarang makan...time ni dah posa...so xde mood nak makan ubat lgsg...just habis kan asid folic n kalsium jer...

4th checkup lak pd 9/9 mcm biasa scan baby...time ni br aku nmpk dgn jelas rupa bentuk baby, terus aku rs terharu mcm nak ngngis...terkejut pn ada...sbb nmpk mcm besar...tp rupa2 nyer doc zoom bg besar...ceh tertipu...dah nmpk tulang belakang, kepala, jantung, kaki...semua nyer comel2...nmpk kepala lg besar dr badan...biasa laa kan anak 1st so mcm teruja & terkejut...then doc just kasi pramilet & calcium...

then doc suruh dtg balik 23/9 utk mnm air gula...perghhh best gile air gula tuh sbb perisa blackcurrent or rebina...laju jerk mnm...tp sehari sblm tuh aku dah posa tp mlm tuh dah melantak mcm2 cth air soya, makan kuih raya etc...dah risau klau kandungan gula aku tinggi...nnti kena kencing manis lak...risau sbb mak aku darah tinggi ayah aku lak kencing manis...kena pn sbb dr pemakanan bukan keturunan...selama 2 jam tuh aku byk mnm air kosong & asik nak terkencing jerk...so lps 2 jam g blk klinik nak tau result...dan result dia ok alhamdulliah...kandungan gula aku sblm 4.8 slps 4.2 so mksd nyer aku normal...if ada kencing manis lbh dr 6.0 so ok laa kan...semua sihat...next checkup will be 10/10...can't wait...tp harap kali nie dpt g ngan husband...dia dpt g skali jerk...dia x dpt tgk baby pn...kena ajar dia syg aku & baby skit...ni dah kira nasib baik laa aku bukan jenis ada morning sickness, muntah2, lemah2 badan....semua nyer alhamdullilah ok jerk...tp x tau laa..kot2 bln 3 ke atas aku kena ker...semua kena berjaga2...kot2 tuhan nak tunjuk klau kite riak ker...tp harap2 x laa...semoga semua nyer selamat...amin...save the date 10/10/2011....lalalala~

Thursday, September 29, 2011

hari menambah ilmu pengetahuan seharian

salam...di sebabkan aku malas nak buat kerja (kerja x datang2 lg) dan malas nak main games...so aku baca blog2 yg penah aku flow...byk yg menarik...blh tambah ilmu pengetahuan mengenai dunia bakal ibu, persiapan ibu, pengalaman bakal ibu etc...sungguh berguna...br tau aku nie cetek ilmu dlm bab2 ibu2 mengandung...ada nak share n copy paste jerk...tp takut tuan punyer blog mara n kecik hati laa...so klau aku rajin...aku update laa blog aku nie...hehehe

Monday, September 26, 2011

main badminton

pada suatu petang yg nyaman, aku telah memaksa sang suami beli bulu tangkis dan bermain badminton dgn aku...skali mak aku mara lak...ckp org pregnant mn boleh main badminton...lompat2 mn boleh...tp aku nak gak main...nk kata mengidam...xde lak..sj jerk bajet keluarkan peluh...tgk laa gaya kitorg main...mcm ape tah...hehehe

lawak kan...hehehe
letih lps men badminton..hehehe

takde keja

ni stok dah takde keja...sj jerk pasang lilin kiri kanan & bg keluarkan bau yg wangi...last terlupa nk tiup lilin smpai kering dah aroma terapi tuh...nasib baik...tp bajet ala-ala romantik gitu...lalalala

raya di sirim




rumah terbuka sirim berhad

pasang 10 khemah..
meriah ngan staff yg ramai
ada flyover..

liza, kak Tie, kak Jah

bahgian standard & kualiti

tunggu ketibaan CEO & Pemangku Presiden SIRIM




dr. azim ng
meriah3..

duduk kt tangga jerk..


br nmpk muka daku..

mari makan...laksa johor...lalala